Ronaldo sah milik Al Nassr

Ronaldo sah milik Al Nassr

CRISTIANO Ronaldo (kiri) menerima jersi Al Nassr daripada presiden kelab, Musalli Al-Muammar di Madrid hari ini selepas disahkan menandatangani kontrak bersama pasukan Arab Saudi itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cristiano Ronaldo hari ini menandatangani kontrak untuk kelab Arab Saudi, Al Nassr menerusi perjanjian yang dipercayai bernilai lebih daripada 200 juta euro (RM945 juta).

Pemain berusia 37 tahun itu menandatangani kontrak yang akan mengekalkannya sehingga Jun 2025.

“Saya bertuah kerana sudah memenangi segala-galanya yang diidamkan dalam bola sepak Eropah dan berasakan sekarang masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman saya di Asia.

“Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan baharu dan bersama-sama mereka membantu kelab mencapai kejayaan,” kata bekas bintang Real Madrid, Mancheste United dan Juventus itu.

Kapten Portugal itu akan tiba ke Arab Saudi dengan membawa deretan kejuaraan yang pernah diraih bersama Real, di mana dia memenangi empat trofi Liga Juara-Juara, dua La Liga, dua Piala Sepanyol serta tiga Piala Dunia Kelab.

Ronaldo, pemilik lima gelaran Ballon d’Or turut mencatat rekod kelab dengan 451 jaringan dan lebih 800 gol di peringkat senior secara keseluruhannya untuk kelab dan negara.

Dia beraksi bersama Portugal di Qatar di mana menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia selepas menyempurnakan penalti sewaktu perlawanan pembukaan Kumpulan H menentang Ghana.

Portugal bagaimanapun tersingkir di suku akhir selepas tewas kepada Maghribi.

Ronaldo berkata, Qatar mungkin akan menjadi Piala Dunia terakhirnya kerana dia merancang untuk bersara pada usia 40 tahun.

“Ini lebih daripada sejarah dalam pembikinan. Penghijrahan ini tidak hanya memberi inspirasi kepada kelab kami tetapi untuk kami mencapai kejayaan lebih besar dan memberi inspirasi kepada liga, negara dan generasi akan datang,” kata Presiden kelab, Musli Al Muammar.

Al Nassr telah memenangi sembilan kejuaraan liga Arab Saudi, yang terakhir pada 2019.

Ronaldo mencari pengalaman yang sama sekali berbeza selepas kontraknya ditamatkan oleh Manchester United bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya