Persembahan Bajcetic pikat Klopp

Persembahan Bajcetic pikat Klopp

STEFAN Bajcetic (tengah) mengawal bola sebelum meledak gol ketiga Liverpool ketika menumpaskan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park, Birmingham. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Jurgen Klopp memuji sikap dan kemampuan pemain berusia 18 tahun, Stefan Bajcetic yang menjaringkan gol pertamanya di peringkat senior ketika membantu Liverpool menumpaskan Asto Villa 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di tempat lawan pagi tadi.

The Reds bermula cemerlang pada aksi pertama liga bersambung selepas rehat Piala Dunia dan jurang dengan kelompok pasukan tangga keempat, Tottenham kini hanya tinggal lima mata.

Mohamed Salah dan Virgil van Dijk meletakkan pelawat di depan pada babak pertama, namun anak-buah Klopp berdepan detik mendebarkan apabila Ollie Watkins merapatkan jurang untuk Villa pada minit ke-59.

Masuk sebagai pemain gantian, Bajcetic tidak menunggu lama untuk meledak gol ketiga Liverpool, sembilan minit sebelum tamat perlawanan.

MOHAMED Salah (kiri) meledak gol pembukaan Liverpool seawal minit kelima.

“Dia amat licik dan tidak takut apa-apa. Dia hanya bermain bola sepak dan mampu melakukannya dengan sangat baik.

“Bapanya juga pemain bola sepak jadi ia memang dalam darahnya, tetapi yang mengagumkan ialah sikapnya, sentiasa waspada dan bijak membaca permainan,” kata Klopp tentang pemain tengah Sepanyol itu yang juga anak kepada bekas pemain Serbia, Srdan Bajcetic.

Liverpool bergelut untuk mengulangi pencapaian mereka beberapa musim lalu di awal musim ini, tetapi tampak berbeza ketika memberikan Unai Emery kekalahan liga pertamanya sejak mengambil alih Villa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya