Pearly, Thinaah kalah bukan salah saya- Boon Heong

Pearly, Thinaah kalah bukan salah saya- Boon Heong

BEKAS pemain beregu lelaki No. 1 Dunia, Tan Boon Heong ( dua dari kanan) menerima tajaan RM 320,000 daripa tiga penaja untuk perkasakan program akar umbi akademi miliknya, Akademi Badminton TBH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain beregu No. 1 Dunia, Tan Boon Heong kesal apabila terdapat segelintir pihak menyalahkannya susulan kekalahan dialami beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M.Thinaah di Kejohanan Akhir Jelajah Dunia di Bangkok, Thailand tempohari.

Pearly dan Thinaah yang hadir sebagai juara Terbuka Perancis tidak berjaya merakamkan sebarang kemenangan di peringkat kumpulan sekaligus terkandas untuk ke peringkat separuh akhir.

Justeru, Boon Heong dijadikan kambing hitam apabila sebelum itu dipanggil Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky untuk melakukan sesi latihan bersama Pearly dan Thinaah.

“Ramai pihak menuduh saya menjadi punca kekalahan mereka selepas mereka menjalani sesi latihan dengan saya sebelum berlepas ke Bangkok, perlu saya perjelaskan, saya ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) bukan sebagai jurulatih, tetapi sebagai rakan sepelatih setelah bersetuju dengan permintaan oleh Rexy (Mainaky), saya ke sana diminta untuk membantu mereka berlatih sahaja.

“Saya hanya memberikan nasihat dan tunjuk ajar berdasarkan pengalaman saya, tetapi hanya mereka sahaja lebih mengetahui mana yang elok dan sesuai untuk diikuti,” jelas Boon Heong yang turut menerima tempias kecaman di media sosial.

AKSI Pearly Tan dan M.Thinaah di Kejohanan Akhir Jelajah Dunia di Bangkok, Thailand tempohari.-BWF

Selain Pearly dan Thinaah, tiga lagi wakil negara turut terkandas di peringkat kumpulan, sementara hasrat untuk melihat beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke perlawanan akhir tidak kesampaian apabila tumbang kepada lawan masing masing di peringkat separuh akhir.

Dalam masa yang sama, Boon Heong menerima suntikan sebanyak RM 320,000 daripada tiga penaja berlainan, iaitu jenama sukan Li Ning, jenama minuman kopi, Aik Cheong serta syarikat pendidikan teknologi, EduTech Malaysia untuk memperkasakan akademi milikinya iaitu, Akademi Badminton TBH.

Dana tersebut bakal digunakan untuk melaksanakan program badminton peringkat akar umbi bermula dari umur enam sehingga 12 tahun di seluruh negara yang akan bermula pada Februari tahun hadapan dengan Selangor bakal menjadi destinasi pertama untuk sesi pemilihan diadakan.

“Semasa saya kecil, amat susah untuk mencari tempat yang mengkhususkan latihan badminton apatah lagi saya berasal dari keluarga yang susah dan kurang berkemampuan, jadi dengan usaha saya ini sekurang-kurangnya dapat memberikan pendedahan buat kanak-kanak di awalan usia selain membekalkan mereka dengan kelengkapan badminton seperti kasut, baju, raket dan bulu tangkis.

“Siapa tahun ini akan mula menanam minat yang mendalam buat mereka dalam sukan ini,” jelasnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya