Kabinet: Anwar menghadap Agong hampir sejam

Kabinet: Anwar menghadap Agong hampir sejam

ANWAR Ibrahim melambai kepada petugas media yang menunggu di pekarangan Istana Negara, hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sesi Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dipercayai bagi mempersembah senarai barisan Jemaah Menteri, berlangsung hampir sejam sebelum Perdana Menteri dilihat meninggalkan Istana Negara.

Kenderaan membawa Perdana Menteri keluar meninggalkan pekarangan pintu utama Istana Negara kira-kira pukul 9.16 pagi ini.

Anwar sempat menurunkan tingkap dan melambai kepada petugas media yang berkumpul di situ bagi mengikuti perkembangan semasa pembentukan Kabinet kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, setakat ini, tujuan sebenar sesi menghadap berkenaan masih menjadi tanda tanya dengan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Terdahulu, khabar angin bertiup kencang sejak semalam mendakwa, senarai Kabinet baharu atau sebahagian daripadanya bakal diumumkan Anwar petang ini.

Perdana Menteri dalam satu Majlis Ramah Mesra Reformis di Sungai Long, Kajang, malam tadi memaklumkan, perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet kerajaan perpaduan hampir selesai dan berharap dapat diumumkan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN