Enam projek baharu RM800 juta di Bio Desaru

Enam projek baharu RM800 Bio Desaru

ZAHARI Sarip ketika menjawab soalan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kawasan Bio Desaru, Kota Tinggi dijangka menerima enam projek baharu melibatkan pelabur tempatan dan luar negara dengan nilai pelaburan RM792 juta pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, projek baharu tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam menjadikan Johor sebagai Bakul Makanan Malaysia.

Beliau berkata, salah satu projek itu membabitkan pembangunan pusat pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran Bio Desaru (Bio Desaru CPPDC) dengan anggaran kapasiti pengeluaran produk sebanyak 10,000 sebulan.

Selain itu, katanya, turut dibangunkan ialah projek penternakan ikan menggunakan Malaysia Recirculated Aquaculture System (RAS) 2020 dengan anggaran pengeluaran 10,000 tan ikan setahun.

“Kita juga akan melibat pembangunan projek penternakan udang dan akua-pelancongan dengan anggaran pengeluaran 4,500 tan udang setahun selain projek tanaman nanas MD2 dan tanaman kontan libatkan pengeluaran 540,000 biji nanas dan 598,000 kilogram tanaman kontan seperti lada, bendi dan pisang berangan setahun.

“Turut dibangunkan projek tanaman kelapa pandan dan pisang berangan dengan anggaran pengeluaran 1.15 juta biji kelapa dan 450,000 kg pisang setahun serta projek pembangunan ‘Integrated Sustainable Food Production Zone’ (Bio Desaru ISFPZ) dengan anggaran pengeluaran 2,000 tan sayur-sayuran dan ikan setahun,” katanya semasa menjawab soalan Rashidah Ismail (BN-Pasir Raja) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.

Mengulas lanjut, Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap memberitahu, Lembah Makanan Bio Desaru dibangunkan bagi memperkukuhkan rantaian pengeluaran makanan dengan memperluaskan aplikasi bioteknologi secara berkesan dalam mengkomersialkan pertanian selain menitikberatkan bio-sekuriti dan pemeliharaan ekologi.

“Selain itu, terdapat 29 projek yang telah siap, sedang dibangunkan dan belum memulakan pembangunan menerusi perjanjian kerjasama antara Bio Desaru Sdn. Bhd. dan 23 syarikat pelabur dengan jumlah pelaburan keseluruhan ialah RM1.138 bilion,” katanya. 

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, hanya 18 projek yang masih aktif pada masa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.