Adam 'sah' sertai Mie Honda Racing

Adam ‘sah’ sertai Mie Honda Racing

Adam Norrodin mendapat tawaran daripada pasukan Jepun, Mie Honda Racing untuk bersaing di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bagi kelas SuperSport (WSSP) musim hadapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba motosikal negara, Adam Norrodin terus mendapat talian hayat dalam kariernya apabila mendapat tawaran daripada pasukan Jepun, Mie Honda Racing untuk bersaing di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bagi kelas SuperSport (WSSP) musim hadapan.

Perkara tersebut disahkan Adam selepas menandatangani kontrak bersama prinsipal pasukan, Midori Moriwaki di ibukota Sabtu lalu.

Ini bermakna Adam, 24 tahun bakal menjadi pelumba kedua negara beraksi di saingan tersebut selepas mentornya, Zulfahmi Khairuddin yang melakukan penampilan bersama pasukan Orelac Racing VerdNatura.

“Selepas saya tidak mendapat tempat dalam pasukan SIC, saya masih mencari-cari pasukan, dan kebetulan rezeki saya apabila Mie Honda mahu menubuhkan pasukan untuk bersaing dalam kelas WSSP, dan saya terus bersetuju untuk menyertai pasukan mereka.

“Pada mulanya saya enggan hebahkan kerana selagi masih belum ada sebarang hitam putih, saya tak berani nak beritahu apa-apa, termasuklah Hafizh (Syahrin), yang berada dalam pasukan itu, tetapi syukur semuanya dipermudahkan, dan saya tidak sabar untuk memulakan perjalanan baru dalam karier saya,” jelas Adam yang dihubungi Utusan Malaysia.

Adam bakal memulakan tugasan rasminya bersama pasukan baharu di Portimao, Januari depan untuk menguji jentera, sebelum beraksi pada pusingan pertama di Phillips Island, Australia pada 24 Februari.

Dalam masa yang sama, pelumba kelahiran Johor ini turut akan bergandingan dengan pelumba United Kingdom, Tarran Mackenzie dalam pasukan tersebut.

“Benar ini kali pertama saya menunggang jentera Honda dan saya yakin tiada masalah kerana saya pernah kerana pernah membawa jentera 600cc di ARRC dan juga di CEV Sepanyol.

“Saya juga ada bertanya pelumba Malaysia mengenai jentera Honda dan mereka memberi maklum balas yang positif. Jadi, saya rasa tiada masalah dan cuba lakukan yang terbaik, jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya