Sepanyol perlu ke final Piala Dunia - Enrique

Sepanyol perlu ke final Piala Dunia – Enrique

BINTANG muda Sepanyol Ansu Fati (kanan) meraikan jaringan ketika menentang Jordan di Stadium Hussein Youth City, Amman.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali Sepanyol Luis Enrique menggesa pemainnya melakukan apa sahaja untuk mara ke pentas final Piala Dunia Qatar.

Sepanyol berjaya meraih kemenangan 3-1 ke atas Jordan dalam aksi pemanas badan terakhir hari ini sebelum kejohanan sebenar membuka tirai hujung minggu ini.

Dalam aksi itu menyaksikan pemain muda Sepanyol, Ansu Fati, Gavi dan Nico Williams masing-masing menjaringkan satu gol manakala gol tunggal Jordan diledak Hamza Al-Dardour

Skuad La Roja seolah-olah terkena sumpahan sejak memenangi Piala Dunia 2010 apabila gagal melepasi pusingan 16 terbaik pada 2014 di Brazil dan 2018 (Russia).

Begitupun, Enrique optimis pasukannya akan mara ke final pada 18 Disember ini.

“Kami berada di kedudukan ketujuh ranking FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Sasaran kami adalah untuk beraksi dalam kesemua tujuh perlawanan di Qatar.

“Saya dapat lihat pasukan ini bermain dengan amat baik (ketika menentang Jordan) walaupun ia bukanlah waktu yang sesuai kerana terlalu hampir dengan Piala Dunia.

“Saya fikir permainan kami semakin baik. Keputusan sebenarnya tidak terlalu penting hari ini tetapi memenanginya adalah lebih baik,” katanya.

Sepanyol akan membuka kempen Kumpulan E dengan menentang Costa Rica pada awal pagi Khamis ini sebelum bertemu Jerman dan Jepun bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya