Safawi, Syifa Melvin nikah hari ini?

Safawi, Syifa Melvin nikah malam ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya tiga hari selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia 2022, bintang Harimau Selatan, Safari Rasid dikhabarkan menamatkan zaman bujang dengan pempengaruh, Syifa Melvin hari ini.

Biarpun tiada pengesahan  dari mulut kedua-duanya, namun berita itu hangat diperkatakan apabila kad undangan majlis ijab dan kabul mereka tersebar luas sejak beberapa hari ini.

Difahamkan, majlis akad nikad antara tonggak Harimau Malaya, Safawi, 25, dan pasangannya akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada pukul 7  sehingga 11 malam ini dengan tema pakaian serba putih dan menutup aurat.

Sebelum itu, kad udangan perkahwinan pasangan itu tersebar di media sosial, di mana mereka dikatakan akan bersanding pada 3 Disember iaitu Sabtu ini.

Majlis perkahwinan itu sudah mula dihidu penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok itu, Safawi yang berada di tepi padang selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC dikejutkan dengan nyanyian lagu terbabit.

Video berdurasi 20 saat itu memperlihatkan Safawi mengangkat tangan seperti mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya, sekali gus membuatkan seluruh stadium bergema dengan lagu nyanyian asal penyanyi Wann itu.

Ketika JDT menumpaskan Selangor FC dalam final Piala Malaysia di Bukit Jalil, Sabtu lalu, namun pemain lincah kelahiran Terengganu itu langsung tidak senaraikan, sekali pun sebagai simpanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya