Ecolite lancar produk baharu Ecolite Waist Tonic, Norman duta

Ecolite lancar produk baharu Ecolite Waist Tonic, lantik Norman Hakim jadi duta

ecolite
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ecolite telah melancarkan formulasi baharu Ecolite Waist Tonic, yang menggunakan herba tradisional yang digabungkan dengan bahan aktif berpaten Physta® Tongkat Ali. 

Ecolite Waist Tonic membantu melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan dan keletihan di bahagian belakang serta pinggang. Sebagai selebriti tempatan yang terkenal, Norman Hakim telah dipilih untuk menjadi duta jenama bagi produk ini.

Ditubuhkan pada tahun 1996, Ecolite ialah jenama produk penjagaan kesihatan yang dipercayai dan mengutamakan kesihatan serta mempunyai sejarah melebihi 20 tahun di Malaysia. Ecolite mempunyai misi untuk membantu memulihkan kesihatan orang ramai dengan produk berkhasiat. 

Bermula daripada bahan mentah semula jadi, yang diformulasikan dengan gabungan ilmu tradisi Cina serta teknologi sains moden, Ecolite akan melancarkan pelbagai kemudahan produk kesihatan, memastikan produk dengan kemudahan, berkualiti dan bermanfaat untuk orang ramai mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berkualiti. Ecolite bertujuan untuk menjadi produk kesihatan yang bereputasi dan dipercayai.

ecolite

Kilang Ecolite di Batu Pahat, Johor, Malaysia dengan tanah seluas lima ekar dilengkapi dengan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), peralatan canggih dan kawalan berkualiti. 

Malah ia Mematuhi piawaian pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP), HACCP, MeSTI, VHM dan halal yang memberikan keyakinan kepada pengguna dari segi keselamatan makanan. Produknya sentiasa diperiksa secara teliti untuk memastikan pematuhan piawaian pensijilan di samping hanya sumber bahan mentah yang diperolehi daripada pembekal terpilih. 

Ecolite telah melancarkan pelbagai produk di pasaran yang telah dikenali oleh pengguna seperti minuman kolagen sarang burung, Pu Yao Jing, pati ayam, Pi Pa Gao, pil Pai Fong Wang dan suplemen yang lain.

Statistik menunjukkan 70 peratus orang dewasa mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Secara amnya, kebarangkalian berlaku di mana-mana populasi boleh mencapai purata setinggi 37 peratus. 

Di Malaysia, dianggarkan 3.8 juta (kira-kira 12 penduduk) penduduk mengalami sakit belakang. Namun, kebiasaannya adalah lebih tinggi dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi. Tinjauan baru-baru ini mendapati bahawa statistik ini telah meningkat kerana gaya hidup populasi telah berubah disebabkan oleh dasar kerja dari rumah Covid-19 dan kesan sosial pasca Covid-19. Kesannya, dipercayai bahawa lebih separuh daripada populasi (>50%) kini mungkin mengalami sakit pinggang di bahagian belakang.

Oleh itu, Ecolite melancarkan produk Ecolite Waist Tonic, yang menggunakan herba tradisional dan Tongkat Ali Physta® sebagai bahan aktif untuk melancarkan peredaran darah, melegakan sakit belakang dan keletihan. 

Produk ini boleh diambil setiap hari untuk meningkatkan tenaga serta kesihatan secara menyeluruh. Pembungkusan paket ringkas menjadi pilihan utama dan boleh digunakan pada bila-bila masa tidak kira sama ada bekerja ataupun melancong. 

Kelebihan Ecolite Waist Tonic termasuk penambahan ekstrak Physta® Tongkat Ali yang dipatenkan. Selain mengekalkan kesan memulihkan sakit pinggang, tongkat ali juga dapat membantu memulihkan kekuatan fizikal lelaki dan meningkatkan kecergasan. 

Physta® ialah ekstrak tongkat ali yang mengikuti piawaian serta telah dibuktikan melalui 15 kajian klinikal dan 9 kajian toksikologi bagi menentukan dos yang selamat. Ekstrak ini telah terbukti keberkesanannya meningkatkan kualiti hidup, tahap hormon, kesuburan, kecergasan dan kesihatan secara menyeluruh.

Pengarah Urusan Kumpulan Sunzen Biotech Berhad (Sunzen), Teo Yek Ming optimis dengan perkembangan syarikat Ecolite terutama produk seperti sarang burung, minuman kesihatan, pati tonik adalah produk yang berkait rapat dengan penjagaan kesihatan manusia. 

Katanya, beliau sudah melakukan pelaburan untuk sebuah kilang baharu yang moden bagi menyumbang kepada kemajuan besar dalam perniagaan Kumpulan Sunzen.

 “Kami juga merancang untuk membuka kedai khas untuk makanan kesihatan berjenama sendiri di pusat beli-belah terkemuka di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.

Pengarah Pemasaran dan Jualan Ecolite, Steve Lim menjelaskan, Ecolite berhasrat untuk mengeluarkan produk berkhasiat dan semula jadi agar orang ramai dapat meningkatkan tahap kesihatan dan menikmati kehidupan yang seimbang dan harmoni. 

Beliau menegaskan, Ecolite berharap dapat berkongsi keberkesanan produk kesihatan syarikat itu dengan orang ramai melalui kedai fizikal dan kedai atas talian dan pada masa yang sama melalui pengedar luar negara terus kepada seluruh pelusuk dunia. 

“Pada masa hadapan, pembangunan produk kami akan menumpukan pada produk berkhasiat dan fokus mengikut kumpulan pengguna seperti lelaki dan wanita, dewasa dan kanak-kanak,” katanya Steve.

Duta jenama Ecolite, Norman Hakim dalam sidang akhbar berkata, beliau berbesar hati menjadi duta bagi produk Ecolite Waist Tonic. 

Katanya, sebagai selebriti, kerjanya memerlukan beliau untuk bekerja dalam masa yang panjang dan waktu yang tidak boleh dijangka. 

Apabila pulang ke rumah, beliau memainkan peranan sebagai bapa dan suami. 

Sebelum mengamalkan Ecolite Waist Tonic, dia sering mengalami sakit belakang, sakit pinggang dan lutut. Keadaan ini telah memberi kesan kepada kehidupan seharian. 

“Saya menjadi duta jenama produk ini kerana saya telah mengambil tonik ini untuk masa yang lama. Bukan sahaja sakit pinggang dan lutut saya bertambah baik, malahan tenaga keseluruhan saya juga meningkat dengan ketara. 

“Kini, saya membawa Ecolite Waist Tonic dengan saya setiap hari, dan saya sangat mengesyorkannya kepada saudara-mara dan rakan-rakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya