'Daddy kena bantu Malaysia' - Faisal

‘Daddy kena bantu Malaysia’ – Faisal

Faisal Halim ketika menjalani sesi latihan hari kedua bersama Skuad Kebangsaan di sini hari ini.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain sayap lincah kebangsaan, Faisal Halim menyeru muka baharu dalam skuad Harimau Malaya memanfaatkan peluang menyarung jersi Malaysia sebaik mungkin.

Jelasnya, seruan mewakili negara sememangnya tugas penting untuk mana-mana pemain bola sepak terutama buat diri pemain Terengganu tersebut.

Tugasan itu memaksa Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey melupakan seketika cuti  bersama keluarga demi membantu skuad kebangsaan di pentas Piala AFF yang dijadualkan bermula 21 Disember ini.

“Saya ketepikan percutian bersama keluarga demi membantu skuad negara.

“Tiada perancangan sebenarnya tetapi jurulatih Kim (Pan Gon) hubungi lebih awal ‘Mickey anda nak sertai kita tak’? lepas itu saya bagi keputusan untuk sertai pasukan.

“Saya cakap dekat isteri dan keluarga saya, Daddy kena bantu Malaysia selepas ini balik baru kita pergi bercuti,” katanya ketika ditemui di sesi latihan hari kedua di sini hari ini.

KIM PAN GON

Terdahulu, 12 pemain yang juga pemain utama tidak dapat bersama pasukan negara iaitu sebelas daripada 12 pemain terbabit daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanafi, Akhyar Rashid, Matthew Davies, Syafiq Ahmad, Afiq Fazail, Syahmi Safari, Shio Hong Wan dan Natxo Insa.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain yang tidak dapat menyahut panggilan ialah Nor Azam Azih dari pasukan Sri Pahang FC.

Terbaharu dua pemain Kuala Lumpur City iaitu Akram Mahinan dan Declan Lambert turut menolak panggilan berkenaan dengan semua pemain terbabit memaklumkan bahawa mempunyai urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.

Kempen Piala AFF kali ini menyaksikan Malaysia Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya