Tiga pelarian Rohingya maut, bot menuju Malaysia karam

Tiga pelarian Rohingya maut, bot menuju Malaysia karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Sekurang-kurangya tiga maut selepas bot yang membawa pelarian Rohingya terbalik dan karam di Teluk Bengal, awal pagi semalam.

Dilaporkan, bot yang membawa berpuluh-puluh pelarian turut menyebabkan 17 yang lain masih hilang ketika dalam perjalanan menuju ke Malaysia secara haram.

Pegawai Pantai Bangladesh, Leftenan Komander Ashiq Ahmed mengesahkan kematian tersebut.

Katanya, bot pukat tunda nelayan yang membawa pelarian itu berlepas pada waktu subuh dan menuju ke Malaysia sebelum berdepan cuaca buruk di Teluk Bengal.

“Bot berkenaan karam di luar pantai Bangladesh disebabkan laut bergelora.

“Seramai 45 orang termasuk empat warga Bangladesh dan 41 pelarian Rohingya berjaya diselamatkan,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya