Lelaki ditahan curi 360 baju hujan wanita   - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan curi 360 baju hujan wanita  

POLIS menemukan 360 helai baju hujan wanita ketika menggeledah rumah Yosida Yoda. - POLIS OSAKA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki di Jepun yang begitu obses dengan baju hujan wanita ditahan selepas didapati mencuri sebanyak 360 helai baju berkenaan dalam tempoh 13 tahun.

Yosida Yoda, 51, yang turut digelar sebagai Raincoat Man ditahan di Osaka selepas pihak berkuasa cuba memburunya sejak lebih sedekad lalu.

Lapor Oddity Central, Yosida Yoda yang merupakan penghantar surat khabar didapati obses dengan baju hujan dikenali sebagai `kappa’.

Polis menemukan sejumlah 360 helai kappa ketika menggeledah rumah Yosida, dengan baju hujan paling lama dicuri pada tahun 2009.    

Menurut jurucakap polis Osaka, modus operandi Yosida adalah mengekori wanita yang menunggang basikal atau memeriksa basikal mereka yang diparkir untuk mencuri kappa berkenaan.

“Sekiranya Yosida menemukan baju hujan, dia akan mencurinya untuk dijadikan sebagai koleksinya,” katanya.

Yosida mula mencuri baju hujan wanita pada 2009 namun polis percaya sekurang-kurangnya 320 helai yang ditemukan di rumah lelaki itu dicuri dalam tempoh sembilan tahun lalu.

Polis berkata, Yosida menyebabkan kira-kira AS$7,800 (RM36,160) kerugian sepanjang kegiatan kecurian selama 13 tahun.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya