'Pemain import kami reti cakap Kedah' - Sanusi

‘Pemain import kami reti cakap Kedah’ – Sanusi

SANUSI hadir menyaksikan aksi Liga Super antara Kedah dan Selangor di Stadium Darul Aman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air menerusi tulisan ringkasannya di Facebook.

Beliau mengakui bahawa pemain import Kedah Darul Aman (KDA FC) boleh bercakap loghat Kedah.

“Mai tengok bola sat malam ni, Kedah lawan Selangor. Player (pemain) import kami reti oooo cakap Kedah,

“‘Hang ni awatttt’….’Hang pasai paaaaa’,” tulisnya.

Penulisan itu ditulis dengan memuat naik gambarnya yang hadir menyaksikan aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Selangor di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Terdahulu, ucapan tahniah yang dibuat Sanusi terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) diatas kejayaan skuad itu menjulang Piala FA menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil mencetuskan kontroversi.

Ucapan berkenaan dilihat seakan sindiran kepada skuad Harimau Selatan yang dibarisi rata-rata pemain naturalisasi dalam kesebelasan utamanya.

“Tahniah JDT menang Piala FA semalam… sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor,” tulis Sanusi di laman Facebooknya, baru-baru ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.