KL City, Melaka United kongsi mata

KL City, Melaka United kongsi mata

PENYERANG Melaka United, Ifedayo Olusegun (tengah) diapit dua pemain KL City dalam, Muhammad Hadin Azman (kiri) dan Paulo Josue dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Langkah Melaka United terus longlai apabila sekadar seri 0-0 ketika berdepan finalis Antara Zon Piala AFC, Kuala Lumpur City (KL City) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Keputusan seri itu pastinya melegakan pengendali Melaka United, Asri Ninggal selepas skuad Sang Kancil tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini bermula kekalahan 0-4 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-4, 0-5 berdepan Terengganu FC dan 0-3 kepada Kedah.

Pujian juga harus diberikan kepada penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali yang beraksi cemerlang apabila menyelamatkan tidak kurang daripada tujuh percubaan jentera serangan KL City yang sepatutnya menghasilkan gol.

PEMAIN KL City, Lambert Declan (kiri) bersaing dengan penyerang Melaka United, Ifedayo Olusegun dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Tanpa kelibat ayam tambatan, Sony Norde, Emmanuel dan Adriano Narcizo, jurulatih Melaka itu meletakkan Faris Shah di barisan hadapan bergandingan dengan Ifedayo Olusegun dalam usaha tuan rumah menembusi kubu lawan.

Bagaimanapun KL City terlebih dahulu melakukan percubaan menerusi Hadin Azman namun rembatannya tinggi melepasi palang gol pada minit ke-17.

LAMBERT Declan (kiri) bersaing dengan pemain Melaka United, Mohamad Fariz Shah Rosli dalam aksi Liga Super. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

 

Pasukan kendalian Bojan Hodak jelas menguasai keseluruhan permainan namun gagal mencipta jaringan.

Bersambung babak kedua, KL City terus melakukan asakan yang hampir memecah kebuntuan namun rembatan kencang Zafri pada minit ke-47 sekadar menggegar tiang gol tuan rumah.

Meskipun juara Piala Malaysia 2021 itu mengutip satu mata namun mereka masih kekal di tangga keenam liga dengan mengutip 26 mata manakala Melaka pula di tangga kesembilan dengan 18 mata. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya