Daftar derma organ ciri baharu MySejahtera 

Daftar derma organ ciri baharu MySejahtera 

KHAIRY Jamaluddin (tengah) bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Asmayani Khalib (kiri) memegang plakad kempen derma organ selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di Dataran PPR Seri Alam 2 di Kuala Lumpur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aplikasi Mysejahtera menambah ciri baharu iaitu pendaftaran derma organ  yang mana pengguna dapat berbuat demikian mulai Selasa ini  dan data tersebut terus ke dalam sistem Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ciri baharu itu diharapkan dapat meningkatkan kadar pendaftaran penderma organ di Malaysia.

“Dilaporkan seramai 10,442 bilangan pesakit berada dalam senarai menunggu organ tetapi hanya sebanyak 779 penderma organ sebenar selepas kematian sejak 1997. 

“Malaysia masih tergolong antara 10 negara dengan kadar transplantasi terendah di dunia tahun lepas iaitu 2.84 pembedahan transplantasi berbanding 5.84 pada tahun 2020 bagi setiap sejuta populasi,” katanya semasa Majilis Perasmian Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di sini, hari ini. 

Majilis itu bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pendermaan organ dan transplantasi supaya dapat meningkatkan kadar pendermanya di negara ini.

Sejak negara memulakan perkhidmatan transplantasi, sebanyak 2,700 kes dijalankan melibatkan pendermaan organ.

Khairy berkata, rakyat harus sedar kepentingan pendermaan organ kerana  jumlah penderma masih terlalu rendah di Malaysia.

“Saya percaya tiada hadiah yang lebih bermakna boleh diberi kepada orang lain daripada nyawa kita melalui organ yang tidak digunakan dan yang masih dalam keadaan baik. 

“Dinasihatkan juga apabila mendaftar sebagai penderma organ, maklumkan kepada ahli keluarga supaya tidak berlaku permasalahan apabila penderma tersebut meninggal,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN