KUALA LUMPUR: Pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m), Muhammad Azeem Fahmi menyifatkan dia bakal berdepan saingan sengit dalam misi bergelar ‘raja pecut’ di Sukan Malaysia (Sukma) menjelang aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Pelari berusia 18 tahun itu yang mewakili Perak menyifatkan atlet Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Arsyad Md Saat dari Johor antara pencabar utama dalam usahanya mendominasi acara riben biru itu.
Pada aksi separuh akhir menyaksikan Azeem mencatat masa 10.33 saat (s) manakala Haiqal yang juga pemenang emas Sukan SEA Manila 2019 merekodkan 10.57s dan Arsyad merakamkan masa 10.54s.
Azeem yang memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Colombia, awal bulan lalu, berkata dia berpuas hati dengan catatan masa yang dilakukan dalam saingan separuh akhir itu. – UTUSAN