11 pelajar sekolah terbunuh serangan udara Myanmar - Utusan Malaysia

11 pelajar sekolah terbunuh serangan udara Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Sekurang-kurangnya 11 pelajar sekolah maut dalam serangan udara dan tembakan di sebuah perkampungan di Myanmar.

Perkara itu dimaklumkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ketika junta Myanmar mendakwa serangan itu menyasarkan anggota militan yang bersembunyi di kawasan itu.

UNICEF mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di bandar Depeyin di wilayah Sagaing.

“Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak maut dalam serangan udara dan insiden tembakan secara sembarangan di kawasan awam.

“Sekolah harus menjadi tempat yang selamat dan bukannya menjadi sasaran mana-mana pihak.

“Ketika ini, seramai 15 kanak-kanak dari sekolah yang sama masih hilang,” jelas UNICEF.

Agensi antarabangsa itu turut menggesa agar kanak-kanak itu dibebaskan dengan segera.

Rakaman video yang diperoleh kumpulan komuniti tempatan menunjukkan sebuah bilik darjah berlumuran darah di lantai, bumbung rosak dan seorang wanita meraung melihat mayat anaknya.

Junta tentera mengesahkan pihaknya menghantar pasukan tentera ke kampung itu selepas menerima maklumat bahawa anggota militan sedang menggerakkan senjata di kawasan itu.

Myanmar dilanda konflik sejak junta tentera melakukan rampasan kuasa daripada kerajaan diterajuiAung San Suu Kyi pada Februari tahun lalu.

Menurut kumpulan pemantau, kira-kira 2,300 orang awam terbunuh dalam tindakan keras ketenteraan disebabkan perbezaan pendapat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya