Suami tinggalkan bakal isteri sebab mak cakap pendek, hodoh - Utusan Malaysia

Suami tinggalkan bakal isteri sebab mak cakap pendek, hodoh

IBU pengantin lelaki itu mendakwa Lamia al-Labawi terlampau pendek dan hodoh untuk mengahwini anaknya. - MIRROR.CO.UK  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Seorang wanita di Tunisia menerima mesej sokongan dari warganet di seluruh dunia selepas ditinggalkan oleh bakal suaminya pada hari perkahwinan mereka. 

Perkahwinan wanita itu dibatalkan selepas bakal ibu mentuanya tidak menyukai penampilannya ketika di majlis tersebut.

Lapor Oddity Central, Lamia al-Labawi berkongsi kisah sedihnya di Facebook mengenai majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia dalam hidupnya bertukar menjadi mimpi ngeri. 

Menurut Lamia, dia dan pasangannya sepatutnya berkahwin setelah bercinta selama empat tahun.

Malah, katanya, segala persiapan sudah diatur dan dia dan pasangannya membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.

“Namun, satu perkara yang tidak diambil kira adalah ibu pengantin lelaki,” katanya.

Lamia berkata, dia tidak pernah bertemu dengan bakal ibu mentuanya sebelum ini.

Ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung di hadapan para tetamu, ibu pengantin lelaki itu mendekati anaknya dan meminta dia membatalkan majlis tersebut.

Wanita itu mendakwa Lamia `terlampau pendek dan hodoh’ serta tidak layak untuk mengahwini anaknya.

Sebelum ini, ibu pengantin lelaki itu hanya sekadar melihat gambar Lamia, namun dia nampaknya amat kecewa selepas bersemuka, lalu memberhentikan majlis tersebut.

Para tetamu terkejut dengan tindakan pengantin lelaki itu yang menyebelahi ibunya.

Lelaki berkenaan meninggalkan Lamia dan pergi bersama ibunya walaupun ramai di majlis perkahwinan itu merayu untuk tidak berbuat demikian.   

Rata-rata pengguna media sosial mengutuk tindakan pengantin lelaki itu dengan menganggap dia bukan lelaki yang sejati. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya