Skuad B-16 negara terus nyalakan peluang ke separuh akhir

Skuad B-16 negara terus nyalakan peluang ke separuh akhir

Pemain negara, Arami Wafiy Zakimi dikawal ketat oleh pemain Myanmar dalam aksi kedua Kumpulan C Kejuaraan AFF B-16 di Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 16 (B-16) tahun negara gagal meneruskan rentak kemenangan apabila terikat 1-1 dengan Myanmar dalam aksi Kumpulan C Kejuaraan B-16 AFF di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia, sebentar tadi.

Turun dengan misi mengintai tiga mata, skuad kendalian Osmera Omaro bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi ledakan Dainei Mat Disa.

Jaringan itu berjaya dipertahankan sehingga berakhir babak pertama meskipun memiliki peluang untuk menambah gol namun gagal disudahkan.

Lima minit bermula babak kedua, gawang negara akhirnya bocor menerusi jaringan Kaung Khant Zaw.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tidak gol dapat dihasilkan pasukan masing-masing sekali gus terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Terdahulu, skuad negara memulakan kempen saingan dengan menundukkan Kemboja 3-0, Selasa lalu.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara masih kekal sebagai pendahulu Kumpulan C dengan berkongsi empat mata dengan Myanmar di tangga kedua.

Tugar getir menanti pasukan negara menjelang perlawanan akhir peringkat kumpulan berdepan Australia dan mereka perlu menang jika berhasrat melangkah ke separuh akhir.

Anak buah Osmera perlu muncul juara Kumpulan C untuk mengesahkan slot automatik ke separuh akhir kerana tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mara.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya