Piala Raja Thai : Jurulatih punca skuad negara hambar 

Piala Raja Thai : Jurulatih punca skuad negara hambar 

MALAYSIA terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 kepada Thailand dalam saingan regu Piala Raja Thai baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesilapan jurulatih membenarkan pemain yang membarisi skuad kebangsaan beraksi pada Terbuka Kuala Lumpur seminggu sebelum Kejohanan Dunia Sepaktakraw Piala Raja Thai ke-35 di Bangkok, Thailand berlangsung, menjadi punca kepada prestasi hambar Malaysia.

Bekas pemain kebangsaan, Suhairi Sulaiman berkata, Piala Raja Thai merupakan sebuah kejohanan besar dan skuad kebangsaan memerlukan persiapan rapi bagi menyertai pertandingan tersebut.

“Sebagai jurulatih, mereka sepatutnya lebih arif tentang sains sukan yang mana persiapan rapi diperlukan menjelang kejohanan besar. Dalam soal ini saya tak salahkan pemain, sebab mereka harus ikut arahan jurulatih.

“Jika jurulatih tak benarkan pemain beraksi pada Terbuka Kuala Lumpur dan terangkan elok-elok yang kita ada pertandingan besar, saya rasa pemain akan terima baik arahan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Suhairi, memang sukar untuk menerima kekalahan Malaysia terutama kepada Korea Selatan, tetapi perkara itu boleh dielak jika jurulatih mempunyai perancangan seperti mengadakan perlawanan persahabatan ataupun memperkenalkan program latihan yang lebih bersistematik.

Jelasnya, tidak perlu pergi jauh, ambil contoh Thailand, para pemain mereka tidak dibenarkan sama sekali menyertai sebarang pertandingan liga, jika terbabit dalam kem latihan skuad kebangsaan.

“Thailand walaupun liga mereka masih berjalan, skuad kebangsaan tidak dibenarkan sertai sebarang kejohanan tempatan agar fokus pemain dapat diberi kepada kejohanan besar yang disertai mereka nanti,” ujarnya.

Suhairi memberitahu, oleh disebabkan para pemain beraksi pada Terbuka Kuala Lumpur, mereka telah mencapai kemuncak prestasi dalam pertandingan itu dan bukannya pada Piala Raja Thai.

“Tengoklah apa jadi dengan Syahir Rosdi, dia terpaksa menarik diri daripada skuad kebangsaan akibat ditimpa kecederaan sewaktu bermain di Terbuka Kuala Lumpur.

“Jadi, satu kerugian kita kehilangan khidmatnya. Malah, kita boleh tengok cara para pemain beraksi pada Piala Raja Thai, mereka tak capai puncak prestasi pun, kenapa keadaan itu berlaku, sebab mereka dah ‘pick’ dulu di Terbuka Kuala Lumpur,” tegasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya