Pesakit katarak guna cahaya telefon baca al-Quran

Pesakit katarak guna cahaya telefon baca al-Quran

PADILAH Mustafa yang mempunyai masalah penglihatan kabur membaca al-Quran dengan bantuan cahaya telefon bimbit sambil diperhatikan Zulkifli di rumahnya di Flat Taman Sri Mawar, Senawang, Seremban. - MINGGUAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Walaupun diuji dengan masalah penglihatan kabur, seorang wanita tetap meneruskan rutin membaca al-Quran setiap hari dengan bergantung kepada cahaya telefon bimbit.

Padilah Mustafa, 57, yang merupakan ibu tunggal mengalami masalah katarak pada mata kiri disebabkan penyakit kencing manis dan penglihatannya semakin kabur sejak lima tahun lalu.

Walaupun bacaannya kurang lancar kerana tidak dapat melihat huruf dan titik dengan jelas, Padillah tetap gigih membaca al-Quran dan sudah dua kali khatam dalam tempoh setahun.

“Saya terpaksa suluh dengan telefon bimbit ketika membaca al-Quran kerana penglihatan kabur walaupun pada hari siang dan duduk dalam ruang yang terang.

“Bacaan saya tidak lancar dan selalu tertukar baris serta titik terutama huruf ba dengan ya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Taman Sri Mawar di sini semalam selepas menerima kunjungan dari Persatuan Cakna Rasa Sayang (PCRS).

Menurut Padilah, sebelum ini dia ke surau setiap hari untuk mengaji bersama rakan lain, namun sejak lebih tiga bulan lalu dia terpaksa membaca al-Quran seorang diri di rumah kerana mengalami masalah jantung dan badan terasa semakin lemah.

Bercerita tentang keadaan kesihatannya, Padilah memberitahu, pembedahan matanya sebelah kiri dibuat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada April lalu tetapi tiada perubahan ketara.

“Saya kini bergantung pada insulin untuk rawatan kencing manis yang disuntik empat kali sehari. Lebih memburukkan keadaan apabila kekuatan jantung saya kini hanya 37 peratus dan menunggu rawatan susulan di HTJ serta Hospital Serdang,” katanya.

Bagi meneruskan kehidupan seharian, Padilah kini bergantung kepada dua anak lelakinya termasuk bongsu berusia 28 tahun yang tinggal bersamanya.

Sementara itu Penaung PCRS, Zulkifli Muhamed berkata, warga emas berkenaan dikategorikan sebagai asnaf dan bermula bulan ini menerima bantuan daripada Baitumal.

“Kami juga akan menyediakan khidmat teksi percuma bagi memudahkannya ke hospital untuk membuat rawatan susulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya