Pasukan Pemanah Tradisional Negara bawa pulang 1 emas, 2 perak, 1 gangsa - Utusan Malaysia

Pasukan Pemanah Tradisional Negara bawa pulang 1 emas, 2 perak, 1 gangsa

BARISAN pemanah yang membawa pulang pingat untuk negara di Sukan Solidariti Islam di Konya, Turkiye.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Pemanah Tradisional Negara berjaya membawa pulang satu emas, dua perak dan satu gangsa di Sukan Solidariti Islam 2022 di Konya, Turkiye, semalam.

Emas disumbang pasukan lelaki yang diketuai Mustaqqim Rosman, Ikram Mazlan AL-Lantany dan Zulqarnain Murat dalam acara 70 meter (m).

Ikram turut menyumbang pingat perak dalam acara individu lelaki 70m manakala satu lagi perak dihadiahkan oleh acara berpasukan wanita 60m yang dibarisi Dayang Ferazlyn Abang Sahari, Nur Effaniza Tahar dan Rusnani Ismail.

IKRAM menunjuk dua pingat yang dimenanginya di Sukan Solidariti Islam di Konya, Turkiye.

Sementara itu, Dayang sekali lagi menaiki podium apabila memenangi pingat gangsa dalam acara individu wanita 60m.

Kejayaan dilakar pasukan memanah tradisional negara itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Tahniah kepada #KontinjenMalaysia Muhamad Mustaqim, Ahmad Zulqarnain dan Muhammad Ikram yang berjaya membawa pulang pingat emas pertama bagi acara Memanah Tradisional menerusi kategori berpasukan lelaki di Sukan Solidariti Islam kali ke-5.

“Bagi pasukan wanita pula yang terdiri daripada Dayang Ferazlyn Abang Sahari, Nur Effaniza Tahar dan Rusnani Ismail berjaya memungut pingat perak,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Trad Malaysia Dr Muhammad Akram Adnan mengakui kejayaan diperolehi berkat daripada kerjasama semua pihak.

“Sangat bersyukur di atas kejayaan cemerlang pasukan ini berkat dari kerjasama dan sumbangan dari semua pihak dari mula pasukan ini dibentuk sehinggalah berjaya menduduki pentas podium.

“Semoga kejayaan ini dapat memberi suatu suntikan untuk masa depan yang gemilang kepada Amalan Sunnah Memanah di tanah air tercinta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya