Malaysia B-19 tewas angkara penalti - Utusan Malaysia

Malaysia B-19 tewas angkara penalti

Malaysia bawah 19 tahun negara menamatkan saingan sebagai naib juara selepas tewas kepada Vietnam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kegagalan menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan skuad bawah 19 tahun negara (B-19) menamatkan kejohanan jemputan Piala Thanh Nien 2022 di tempat kedua pada aksi final yang berlangsung di Stadium Binh Duong, Vietnam, sebentar tadi.

Menamatkan aksi 90 minit demgan terikat jaringan 1-1 menyaksikan pemenang perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Kegagalan Muhammad Abu Khalil dan 
Izrin Ibrahim menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan Malaysia tewas 3-4 ditangan seteru utama, Vietnam.

Mendapat sokongan padu ribuan penyokong setia tuan rumah, Vietnam tampil tersusun dengan menguasai sebahagian besar permainan sejak wisel permulaan ditiupkan pengadil bertugas.

Gawang Malaysia yang dikawal Aizat Aiman Mazlan bocor seawal minit ke-11 menerusi jaringan Nguyen Van Tu untuk meletakkan tuan rumah didepan.

Skuad bimbingan Hassan Sazali Waras hampir menyamakan kedudukan berselang tiga minit kemudian tetapi tandukan bebas susulan situasi sepakan penjuru dilakukan Nazrin Nasir sekadar singgah di tepi jaring.

Pasukan muda negara yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Piala AFF B-19 bulan lepas berusaha untuk bangkit tetapi keputusan 0-1 kekal pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Hassan membuat rombakan di jentera serangan memasukkan pemain muda Sabah FC, Azhad Harraz Arman.

Ketika Vietnam sudah bersiap sedia untuk meraikan kejuaraan, Azhad Harraz Arman kembali menyamakan kedudukan ketika permainan memasuki minit ke-86.

Azhad mudah menolak masuk bola hasil hantaran lintang yang cukup baik dilakukan Rohisham Haiqal untuk mengheret perlawanan ke sepakan penalti.

Namun kegagalan Muhammad Abu Khalil dan Izrin menyempurnakan sepakan memastikan kemenangan berpihak tuan rumah dengan keputusan 3-4. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya