Kuota pekerja asing: Lapan termasuk CEO syarikat direman - Utusan Malaysia

Kuota pekerja asing: Lapan termasuk CEO syarikat direman

CEO syarikat IT ditahan reman SPRM kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing di Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) kerana disyaki menerima rasuah RM800 hingga RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing.

Menurut sumber, syarikat IT itu dipercayai penyedia platform bagi permohonan pekerja asing yang dilantik kerajaan dan sudah terlibat dalam memproses kira-kira 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai lalu. 

Menurutnya, CEO syarikat berusia dalam lingkungan 50-an bersama seorang pegawai kanannya berusia dalam lingkungan 40-an bersama enam lagi suspek ditahan malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Katanya, dua wanita tersebut yang direman hari ini masing-masing berusia dalam lingkungan  40-an bekerja di syarikat agensi pekerjaan, manakala dua lagi suspek lelaki berusia antara 50 hingga 60-an adalah pemilik syarikat agensi pekerjaan.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu,  seramai enam suspek termasuk dua wanita ditahan reman selama tiga hari, manakala dua lagi suspek masing-masing seorang lelaki dan  wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin menetapkan perintah reman tiga hari bermula hari ini sehingga 5 Ogos terhadap keenam-enam suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan  kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.