JDT lepaskan Rodriguez - Utusan Malaysia

JDT lepaskan Rodriguez

Rodriguez tidak lagi beraksi bersama JDT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat keputusan melepaskan penyerang import dari Sepanyol, Fernando Rodriguez.

Perkata tersebut diumumkan JDT dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Fernando Rodriguez. Terima kasih atas khidmat dan komitmen yang cemerlang,” tulis kelab itu.

Rodriguez membuat penampilan pertamanya dalam Liga Malaysia (Liga M) selepas menyertai Kedah pada musim 2019.

Penyerang berusia 35 tahun itu kemudian menyertai JDT pada 2020 namun bekas pemain Sevilla itu lebih banyak beraksi bersama JDT II di Liga Perdana.

Rodriguez dikatakan akan menyertai berhijrah ke Liga Indonesia untuk bersama pasukan Persis Solo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya