Barisan kejurulatihan B-23 gabungan tempatan dan import

Barisan kejurulatihan B-23 gabungan tempatan dan import

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Kia menerusi syarikat pengedarnya, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (DJM), anak syarikat kepada Bermaz Auto Berhad (BAuto).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Posisi ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan skuad bawah 23 (B-23) negara akan diumumkan minggu ini.

Perkembangan tersebut disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd. Saifuddin Abu Bakar yang memberitahu kesemua individu terbabit akan diumumkan pada satu sidang media yang bakal dilakukan dalam masa terdekat.

Ujarnya, barisan kejurulatihan terbabit terdiri daripada gabungan jurulatih tempatan dan luar negara.

“Calon ketua jurulatih skuad B-23 negara sudah pun diisi dan kita kini hanya menunggu masa untuk mendedahkan kepada umum yang mungkin dilakukan pada minggu ini.

“Mengenai status barisan kejurulatihan, ia merupakan kombinasi daripada dalam dan luar negara seperti yang dilakukan bersama skuad kebangsaan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis penyerahan kenderaan Kia menerusi syarikat pengedar, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (DJM) untuk kegunaan skuad Harimau Malaya yang telah berlangsung di Pusat 3S Kia Flagship di Shah Alam, petang tadi.

Posisi ketua jurulatih skuad B-23 negara masih kosong selepas FAM membuat keputusan untuk ‘berpisah’ dengan pengendali import dari Australia, Brad Maloney pada bulan lalu.

Keputusan tersebut dibuat selepas Maloney gagal memberikan impak yang diharapkan bersama skuad muda Harimau Malaya pada temasya Sukan SEA 2022 dan kempen Piala Asia B-23 baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN