Aaron-Wooi Yik 'terkulai' di tangan beregu England

Aaron-Wooi Yik ‘terkulai’ di tangan beregu England

AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat untuk melihat beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meneruskan malam gemilang skuad badminton di Pusat Pertunjukkan Kebangsaan, Birmingham tidak kesampaian apabila dikejutkan pasangan tuan rumah, Ben Lane dan Sean Vendy sebentar tadi.

Biarpun mempamerkan aksi memberangsangkan pada set pertama, penyakit lama mula menjengah beregu utama negara ini,dan segalanya serba tidak menjadi apabila perlawanan diheret lawan ke set penentuan yang menyaksikan langkah Aaron dan Wooi Yik terhenti dengan keputusan 21-18, 17-21, 4-21.

Satu lagi wakil negara, Chan Peng Soon dan Tan Kian Meng juga gagal untuk mara ke perlawanan akhir selepas mereka tumbang kepada pasangan utama India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty dengan keputusan 6-21, 15-21.

Walaupun begitu, keputusan tersebut telah mengesahkan Malaysia membawa pulang pingat gangsa apabila kedua-dua pasangan negara akan bertemu sesama sendiri untuk perlawanan penentuan pingat gangsa.

Terdahulu, beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah menepati ramalan sebagai pilihan pertama kejohanan apabila mara perlawanan akhir selepas menumbangkan gandingan India, Tressa Jolly dan Gayatri Pullela dengan keputusan 21-13, 21-16.

Menanti Pearly dan Thinaah untuk aksi final esok merupakan pasangan tuan rumah ,Lauren Smith dan Chloe Birch. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya