15 peratus simpanan peralatan LCS sudah usang tidak tepat

15 peratus simpanan peralatan LCS sudah usang tidak tepat

Kapal tempur pesisir pantai (LCS) masih dalam peringkat pembinaan di limbungan BNS di Lumut, Perak. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)  bahawa 15 peratus kelengkapan dan sistem bagi pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) bernilai RM1.7 bilion telah usang adalah tidak tepat.

Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Azhar Jumaat berkata, tidak sampai satu peratus kelengkapan yang tersimpan dalam gudang BNS boleh dianggap usang.

Katanya,  ia pula tidak melibatkan peralatan penting seperti persenjataan, enjin dan sistem pengagihan elektrik.

Sebaliknya, menurut beliau, ia hanya melibatkan peralatan seperti televisyen yang dibeli pada 2019 untuk kegunaan tontonan waktu rehat anak kapal, mungkin dianggap telah usang berbanding teknologi yang ada pada televisyen keluaran terkini.

SELENGGARA

Pada masa sama, beliau menerangkan ada antara kelengkapan yang belum sampai tahap usang tetapi mungkin boleh mencapai tahap itu yang masih boleh digunakan dan hanya perlu melakukan proses pemuliharaan dan penyelenggaraan.

Katanya, pihaknya sudah mendapat jaminan kualiti daripada pihak pengilang pembekal berkaitan perkara itu dan ia juga tidak melibatkan peralatan utama.

“Bagi kelengkapan dan sistem lain termasuk persenjataan masih berada dalam keadaan baik kerana kontrak pembelian adalah untuk kegunaan sekurang-kurangnya 30 tahun.

“Jadi, kelengkapan sedia ada (yang diperolehi pada 2019) masih boleh dikekalkan untuk tempoh 25 hingga 27 tahun lagi, tidak timbul isu dan keperluan untuk membeli peralatan baharu,” jelas.

Beliau berkata dalam taklimat sempena lawatan media ke limbungan BNS di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Beliau juga memaklumkan kos penyimpanan kelengkapan juga agak tinggi kerana ia perlu dijaga rapi dengan 30 peratus daripadanya perlu disimpan dalam gudang atau bilik berhawa dingin.

Mengenai pembelian secara pukal dan lebih awal yang dipersoalkan banyak pihak, Azhar menjelaskan proses dan pendekatan pembinaan kapal perang tidak sama dengan pembinaan kapal lain atau bangunan.

Jelasnya, ia memerlukan tempahan awal manakala proses keseluruhan termasuk penghantaran dari pengilang di Jerman ke Malaysia mengambil masa sehingga 20 bulan.

“Kita perlu pastikan kelengkapan tiba di limbungan sebelum boleh memulakan pembinaan, sebagai contoh kita tidak mahu bila kapal siap dibina enjin datang kemudian, dan kita terpaksa tebuk lubang pada kapal untuk memasukkan enjin.

“Jadi, kita perlu pastikan kelengkapan penting seperti enjin utama sudah ada di limbungan sebelum boleh memulakan pembinaan kapal,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN