10 maut Zionis lancar serangan roket ke Palestin - Utusan Malaysia

10 maut Zionis lancar serangan roket ke Palestin

rejim israel
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurang 10 maut, termasuk lima kanak-kanak dan komander kumpulan pejuang Palestin, dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza semalam.

Tentera Israel mendakwa serangan itu menyasarkan gerakan Jihad Islam Palestin, sekali gus menyaksikan kumpulan pejuang terbabit berikrar untuk melancarkan tindak balas ke atas Tel Aviv.

Pegawai kesihatan tempatan berkata, sekurang-kurangnya 10 terkorban meliputi kanak-kanak, manakala sekurang-kurang 40 lagi cedera dalam serangan berkenaan.

“IDF (tentera Israel) sedang menyerang Semenanjung Gaza. Satu situasi khas telah diisytiharkan di Israel,” menurut pihak tentera itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Seorang pegawai Jihad Islam Palestin memaklumkan bahawa komander kanan kumpulan terbabit, Tayseer al-Jaabari, terbunuh dalam serangan berkenaan yang dilaporkan mengenai beberapa sasaran di sekitar kawasan semenanjung yang padat dengan penduduk itu.

Serangan itu menyusul beberapa hari selepas ketegangan kian memuncak berikutan penahanan pemimpin kanan Jihad Islam Palestin, Bassam al-Saadi, dalam serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat, awal minggu ini.

Dalam satu kenyataan disiarkan televisyen Al Mayadeen, pemimpin Jihad Islam Palestin, Ziad Al-Nakhala, berikrar untuk melancarkan serangan balas.

“Tidak ada batas dalam pertempuran ini dan Tel Aviv akan tumbang bawah roket penentangan, begitu juga dengan kesemua bandar Israel,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya