Springhill FC juara sulung Seremban Night League 2022

Springhill FC juara sulung Seremban Night League 2022

PASUKAN Springhill FC muncul juara sulung Seremban Night League 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Springhill FC muncul juara sulung Seremban Night League 2022 yang dianjurkan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) dan Liga Akar Umbi Malaysia (MGL) di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Liga tersebut telah berlangsung selama dua bulan bermula Mei hingga hujung Jun lalu dengan melibatkan lapan pasukan tempatan di sekitar Port Dickson dan Seremban seperti UiTM Negeri Sembilan, Tigo Ompek FC, NEFA FC, Sikamat FC, Nusa Intan FC, Bunga Raya FC dan Frontlena FC.

Frontlena FC pula berjaya menduduki kedudukan kedua liga, manakala UiTM Negeri Sembilan di tempat ketiga.

Sementara itu, penyerang Springhill FC, P. Khaalithasan pula mengungguli carta penjaring gol dengan 13 gol serta Malkit Singh daripada Frontlena FC dinobat penjaga gol terbaik.

Setiausaha Eksekutif PBNS, Faliq Firdaus berkata, penganjuran liga bola sepak amatur tersebut merupakan inisiatif PBNS bagi merancakkan lagi kancah bola sepak tempatan di peringkat negeri.

“Seperti yang dinyatakan oleh Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri sebelum ini, PBNS kini komited dalam merancakkan kembali pembangunan bola sepak di Negeri Sembilan dan penganjuran liga-liga tempatan adalah sebahagian daripadanya.

“Beberapa kejohanan lain seperti liga bola sepak wanita, bola sepak veteran dan kejohanan peringkat umur juga ada dalam perancangan kami menjelang hujung tahun,” katanya dalam satu kenyataan.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN