Sabah FC raih tiga mata di Paroi

Sabah FC raih tiga mata di Paroi

PARK Taesu diraikan rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kemenangan dalam aksi Liga Super di antara Negeri Sembilan dan Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan Sabah FC merampas kedudukan kedua Liga Super daripada Negeri Sembilan FC selepas pertembungan kedua-dua pasukan malam ini memihak kepada skuad Sang Badak itu dengan keputusan 1-0.

Perlawanan berlangsung rancak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan serta mempunyai beberapa peluang terhidang.

Gol pelawat hadir pada babak kedua iaitu pada minit ke-61 menerusi tandukan pemain tengah, Park Taesu sekali gus menewaskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed di gawang Negeri Sembilan.

PEMAIN import Negeri Sembilan FC, Matheus Alves Leandro cuba melepasi pemain pertahanan Sabah FC pada aksi Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, tuan rumah membuat beberapa pertukaran pemain bagi mencari gol penyamaan termasuk mengeluarkan dua orang pemain import mereka.

Bagaimanapun, Sabah FC kental mempertahankan gawang mereka sehingga tamat perlawanan sekali gus meraih tiga mata berharga di gelanggang lawan.

Selepas 10 perlawanan, Sabah FC kini mengutip 22 mata hasil tujuh kemenangan dan sekali seri.

Negeri Sembilan FC yang kini telah mengharungi 12 perlawanan kekal dengan 20 mata namun, terpaksa akur turun ke tangga ketiga liga.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.