Jordi Amat pemain termahal Liga M, bernilai 1 juta Euro - Utusan Malaysia

Jordi Amat pemain termahal Liga M, bernilai 1 juta Euro

JORDI Amat ketika mewakili Rayo Vallecano dan pernah bersaing dengan bekas bintang Barcelona, Lionel Messi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran Jordi Amat yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan takhta pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) menjadi miliknya.

Pemain berdarah kacukan Sepanyol-Indonesia itu, pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama seperti Swansea, Espanyol, Real Betis dan Rayo Vallecano bakal mengukuhkan lagi benteng pertahanan JDT musim ini.

Sepanjang beraksi lima tahun bersama Swansea, Jordi Amat telah melakukan 52 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Nilai pasaran Jordi Amat bernilai 1 juta euro (RM4.6 juta) sekali gus menyaksikan dia berada dalam kedudukan pertama dalam carta pemain Malaysia paling mahal.

Nilai pasaran semasa pemain itu diperoleh menerusi semakan daripada laman sesawang terkenal bola sepak, transfermarkt.co.uk.

Sementara itu, Fernando Forestieri (JDT) ditangga kedua dengan nilai RM4 juta, diikuti Hyuri Henrique RM2.5 juta manakal tempat ketiga dan keempat menjadi milik Jackson De Sauza (Sabah) RM2.1 juta serta Bergson da Silva (JDT) RM2 juta.

Berdasarkan tanda harga Jordi Amat ini, kehadirannya sekaligus menaikkan lagi nilai pasaran Liga Super.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya