Arca jerami raih Anugerah Perak hangus terbakar - Utusan Malaysia

Arca jerami raih Anugerah Perak hangus terbakar

ARCA jerami yang memenangi Anugerah Perak dalam Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 yang berlangsung minggu lalu musnah dalam kebakaran di Kampung Terus, Penanti, Pulau Pinang malam tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Arca jerami yang memenangi Anugerah Perak dalam Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 minggu lalu hangus dalam kebakaran di Kampung Terus, Penanti di sini malam tadi.

Karya Pasukan SQ Impression anak jati kampung terbabit musnah sepenuhnya dalam kejadian  pukul 11.50 malam.

Ketua Pasukan itu, Baharuddin Abdullah, 49, berkata, dia dihubungi rakan sepasukan yang memaklumkan kebakaran itu yang berlaku pantas dengan hanya kira-kira 10 minit.

“Ada penduduk yang cuba membantu untuk memadamkan kebakaran tetapi gagal.

“Saya tidak tahu sama ada ini perbuatan khianat atau apa tetapi sepanjang empat tahun berturut-turut pasukan kami menyertai pertandingan, inilah kali pertama diuji sebegini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, Baharuddin yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Terus berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Saya tidak pasti apa punca kejadian tetapi malam tadi hujan, jadi mustahil arca itu tiba-tiba terbakar begitu saja.

“Perasaan memang bercampur-baur antara terkejut, sedih dan kecewa kerana arca yang kami hasilkan dengan teliti musnah dalam sekelip mata,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya