Sultan Johor berkenan TMJ terus terajui JDT - Utusan Malaysia

Sultan Johor berkenan TMJ terus terajui JDT

Sultan Ibrahim menerima sembah salam daripada Tunku Ismail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan agar Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menerajui skuad bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Johor semalam.

“Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah bertitah pada hari ini, 16 Jun 2022 berkenan supaya Pemangku Raja, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menerajui dan mengendalikan pasukan bola sepak JDT bagi memartabatkan sukan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail selaku Pemangku Raja Johor mulai hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar semalam.

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titahnya.

Baginda bagaimanapun tidak memaklumkan pelantikan tersebut berkuat kuasa sehingga bila.

Kali terakhir Tunku Ismail dilantik sebagai Pemangku Raja adalah pada 11 Ogos 2019.

Pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail bertitah bahawa baginda bakal berundur daripada mengendalikan pengurusan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) disebabkan baginda mempunyai tanggungjawab dan komitmen lain.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” titah baginda dalam kenyataan ringkas yang dikongsikan melalui laman Facebook rasmi skuad Harimau Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya