Skuad B-23 negara: Bawalah pulang walaupun satu mata - Utusan Malaysia

Skuad B-23 negara: Bawalah pulang walaupun satu mata

PEMAIN Malaysia menjalani latihan akhir di Tashkent, Uzbekistan semalam sebelum berdepan Vietnam pada perlawanan ketiga Piala Asia Bawah 23 hari ini. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perlawanan akhir Kumpulan C Piala Asia Bawah 23 (B-23) tahun menentang Vietnam malam ini, semenangnya tidak membawa sebarang makna untuk skuad muda negara bagi melangkah ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, bagi menjaga ‘air muka’ bola sepak negara, anak-anak buah Brad Maloney sekurang-kurangnya perlu membawa pulang satu mata daripada pertandingan berkenaan selepas tewas dalam dua perlawanan sebelum ini di tangan Korea Selatan 1-4 dan Thailand 0-3.

Situasi itu dipandang serius oleh pengendali dari Australia tersebut dan bersedia melakukan rombakan dalam kesebelasan utama untuk memastikan Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong.

“Kita akan menilai semula dan pasti akan melihat pemain bergilir untuk perlawanan seterusnya.

“Kita pernah bertemu Vietnam di Sukan SEA dan tahu serba sedikit kekuatan mereka. Jadi kita akan cuba sebaik mungkin untuk memberi saingan sengit dan mengurangkan kesilapan mudah,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad B-23 negara adalah ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee yang turut dibantu Maloney muncul juara Kumpulan H dan mara sehingga suku akhir sebelum tewas 2-1 di tangan Korea Selatan pada Piala Asia B-23 2018 di China.

Kekecewaan itu nyata memberi tamparan kepada skuad muda negara yang sebelum ini gagal meraih pingat di Sukan SEA Hanoi, Vietnam, bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya