Skuad B-23 Malaysia tewas lagi - Utusan Malaysia

Skuad B-23 Malaysia tewas lagi

PENYERANG Malaysia B-23, Luqman Hakim Shamsudin berjaya melepasi kawalan tiga pemain Thailand pada aksi Kumpulan C Piala AFC B-23 di di Stadium Bunyodkor, Tashkent, Uzbekistan, hari ini.-FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan menembusi gawang Thailand, malah dibolosi tiga gol menyaksikan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara tersingkir awal daripada saingan Piala Asia B-23 apabila tewas 0-3 kepada Thailand di Stadium Bunyodkor, Tashkent, Uzbekistan, sebentar tadi.

Turun dengan misi melakar kemenangan, anak didik Brad Maloney dikejutkan dengan jaringan Suphanat Mueanta pada minit ke-23 untuk meletakkan Thailand mendahului.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad muda negara kembali mengatur rentak dan hampir memperolehi gol penyamaan pada minit ke-60, namun rembatan jarak dekat Hadi Fayyadh Abdul Razak gagal menewaskan penjaga gol Thailand, Nopphon Lakhonphon.

Sebaliknya, gawang negara dibolosi buat kali kedua dan kali ini hasil sentuhan penyudah Channarong Promsrikaew yang mudah menyambut hantaran lintang Nico Mickelson pada minit ke-69.

Gawang yang dikawal Rahadiazli Rahalim bocor buat kali ketiga empat minit kemudian menerusi rembatan rendah Mueanta, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya buat Thailand.

Keputusan itu menyaksikan peluang untuk skuad negara layak peringkat seterusnya telah tertutup apabila membuka kempen kejohanan dengan tewas 1-4 kepada juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi Kumpulan C, Khamis lalu.

Skuad Harimau Muda negara akan melengkapkan aksi terakhir kumpulan berdepan Vietnam, Rabu ini.

Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Vietnam mengikat Korea Selatan 1-1 sekali gus berkongsi empat mata bersama Thailand dengan kedua-dua pasukan itu menguasai kedudukan dua teratas kumpulan.

Vietnam yang kini mengumpul dua mata selepas dua perlawanan berada di kedudukan ketiga, manakala Malaysia tanpa sebarang mata di kedudukan tercorot dan bakal pulang ke tanah air sebagai pasukan belasahan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya