Saya seorang tidak boleh buat keajaiban - Zainal - Utusan Malaysia

Saya seorang tidak boleh buat keajaiban – Zainal

ZAINAL ABIDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN – Ketua Jurulatih Penang FC baharu, Zainal Abidin Hassan mempunyai perancangan rapi dalam usaha memperbaiki semula rentak konsisten pasukannya yang kini berada di tangga tercorot saingan Liga Super 2022.

Zainal berkata, beliau akan melakukan yang terbaik hasil kerjasama dengan semua pihak terutama pemain skuad Harimau Kumbang.

Menurutnya, kepercayaan dan keyakinan yang diberikan pihak pengurusan juga menjadi kekuatan untuknya mempersembahkan yang terbaik buat pasukan.

“Saya akan berusaha memperbaiki pasukan kerana kita tahu kedudukan mereka kini di bawah Liga Super. Jadi, tugas yang amat berat menanti saya untuk memperbaiki pasukan.

“Saya seorang tidak boleh buat keajaiban. Saya perlu sokongan dan keikhlasan daripada semua termasuk staf teknikal dan pemain,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Bandaraya di sini petang tadi.

Dalam pada itu, Zainal Abidin turut memberi bayangan akan berlaku perubahan kemasukan pemain baharu nanti.

“Saya akan meneliti pasukan dan jika perlu akan ada perubahan daripada pasukan. Kemungkinan ada sedikit perubahan dan gantian pemain yang harus dibaiki.

“Keputusan ini tertakluk pada masa dan juga kelulusan yang saya minta daripada pengurusan. Dalam beberapa hari ini, saya akan buat keputusan tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, pihak pengurusan Penang FC menerusi satu kenyataan di lama Facebook rasminya petang tadi mengumumkan kedatangan pengemudi baharu berusia 61 tahun tersebut bagi menggantikan Tomas Trucha.

Difahamkan, Jurgen Klopp’ Malaysia telah ‘dilepaskan’ setelah dinasihatkan mengambil cuti rehat atas sebab keselamatan dan juga faktor prestasi semasa pasukan Penang FC.

Untuk rekod, Zainal pernah menerajui pasukan Penang FA pada tahun 2017 hingga 2018.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN