Pemandu, 5 pekerja cedera bas kilang rempuh konkrit jambatan - Utusan Malaysia

Pemandu, 5 pekerja cedera bas kilang rempuh konkrit jambatan

Bas pekerja membawa sembilan penumpang yang dalam perjalanan ke Singapura terlibat dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam pada pukul 5.30 pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Seorang pemandu dan lima pekerja cedera apabila bas kilang yang mereka naiki menuju ke Singapura terbabas di susur Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, bas tersebut sedang dalam perjalanan ke Singapura dari Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, bas kilang tersebut hilang kawalan lalu merempuh batuan konkrit jambatan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan. 

“Pemandu bas dan lima penumpang kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan lanjut.

“Empat lagi penumpang tidak mengalami kecederaan,” katanya, di sini hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda RM5,000 hingga RM10,000 serta boleh dipenjara 12 bulan jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kemalangan tersebut supaya menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN