Cuaca tak menentu punca N. Sembilan kurang durian - Utusan Malaysia

Cuaca tak menentu punca N. Sembilan kurang durian

BAKRI Sawir dalam sidang akhbar selepas Program Pelepasan Benih Ikan Di Perairan Umum di Jeram Enggang, Jelebu hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Ketika beberapa negeri lain berlaku lambakan durian, lain pula di Negeri Sembilan apabila pengeluaran ‘raja buah’ untuk musim kali ini tidak memberangsangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas negeri, Datuk Bakri Sawir berkata, perkara tersebut berpunca daripada cuaca tidak menentu melanda negeri ini sejak kebelakangan ini.

“Pengeluaran buah durian berkait rapat dengan perubahan iklim, keadaan dan faktor cuaca. Lihat sahaja di kawasan Jelebu berlaku kekurangan durian

“Sepatutnya pada bulan Julai hingga Ogos terdapat lambakan buah durian di sini namun kalau kita melalui sepanjang jalan di Jelebu ia agak kurang.

“Cuma durian kampung  banyak dan dijual dengan harga serendah RM4.50 sekilogram oleh penduduk setempat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang berkata demikian selepas Program Pelepasan Benih Ikan Di Perairan Umum di Jeram Enggang di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Bakri, dijangkakan musim durian seterusnya iaitu pada bulan Disember sehingga Januari tahun depan akan menyaksikan jumlah pengeluaran hasil yang lebih baik.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya