Sultan Ibrahim terima laporan isu Pulau Batu Puteh

Sultan Ibrahim terima laporan isu Pulau Batu Puteh

batu puteh
SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar menerima laporan berkaitan isu Pulau Batu Puteh yang dipersembahkan Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Istana Polo, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini berkenan menerima laporan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan kerajaan Persekutuan bagi menyemak isu-isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempersembahkan laporan berkenaan serta taklimat kepada Sultan Ibrahim di Istana Polo, di sini.

Berangkat sama ke pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada 29 Oktober lalu, Kabinet bersetuju membentuk pasukan berkenaan ekoran keputusan kerajaan ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2018.

Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah bahawa keputusan sedemikian seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di mahkamah berkenaan, walaupun ada pertemuan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.

“Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil? Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu?,” soal Baginda dalam satu kenyataan ketika itu.

Sementara itu Sultan Ibrahim dalam pertemuan hari ini menegaskan sekali lagi kepada Pasukan Petugas Khas bahawa sebab-sebab keputusan kerajaan Dr. Mahathir untuk tidak meneruskan semakan semula kes itu di ICJ perlu dijadikan pengetahuan umum.

“Ini adalah soal kedaulatan negeri Johor. Rakyat Johor berhak untuk mengetahui mengapa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan sedemikian,” titah Baginda. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN