Rakyat Filipina harapkan Marcos Jr tidak kuku besi seperti bapanya

Rakyat Filipina harapkan Marcos Jr tidak kuku besi seperti bapanya

PENYOKONG Ferdinand Marcos Jr berhimpun dan bersorak ketika minggu kempen terakhir sebelum pengundian di Manila, Filipina. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Segelintir rakyat Filipina sebelum ini menzahirkan kebimbangan era diktator bakal berulang sekiranya anak mendian Ferdinand Marcos, iaitu Ferdinand Marcos Jr memenangi Pilihan Raya Presiden.

Mereka beranggapan Marcos Jr, atau lebih mesra disapa ‘Bongbong’ akan mengikut jejak langkah mendiang bapanya melaksanakan pentadbiran kuku besi.

Semalam, telahan pelbagai pihak yang meramalkan Marcos Jr bakal memenangi pilihan raya itu menjadi kenyataan apabila beliau memperoleh kemenangan besar.

Marcos Jr berjaya memperoleh kemenangan majoriti, iaitu kali pertama sejak revolusi 1986 yang menyaksikan era pentadbiran bapanya digulingkan.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi, Marcos Jr mendapat undian 29.9 juta, melebihi jumlah yang diperlukan untuk meraih kemenangan majoriti, sekali gus mengalahkan pesaingnya, Leni Robredo.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina (COMELEC), sebanyak 93.8 peratus undi yang layak dikira dalam sesi kali ini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan sekitar hujung bulan ini.

Di sebalik semua kontroversi yang melanda keluarganya, keluarga Marcos kekal berkuasa dalam politik Filipina apabila berjaya mempertahankan pengaruh dan rangkaian perhubungan.

Marcos Jr sebelum ini juga bergiat aktif dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik apabila pernah dilantik sebagai gabenor, anggota Kongres dan senator.

 

PENDEKATAN UTUH

Tidak seperti kebanyakan pemimpin politik yang lain, Marcos Jr mengambil pendekatan melancarkan kempen yang bersahaja, namun mampu menyampaikan mesej perpaduan kepada rakyat.

Beliau bakal menyandang jawatan presiden selama enam tahun dan dijangka meneruskan semua usaha dan sumbangan yang diberikan oleh Rodrigo Duterte sebelum ini.

Penganalisis politik menjangkakan Marcor Jr akan melengkapkan projek pembangunan infrastruktur yang dimulakan Duterte sebelum ini, selain mengukuhkan hubungan dengan China.

Namun, beberapa pihak berpandangan masalah sedia ada seperti rasuah dan nepotisme dijangka semakin berleluasa.

Satu daripada resepi kejayaan Marcos Jr adalah memilih anak perempuan Duterte, iaitu Sara Duterte-Carpio sebagai gandingannya bagi merebut jawatan naib presiden.

Kiraan undi tidak rasmi menunjukkan Duterte-Carpio memperoleh undian tiga kali ganda lebih banyak berbanding pencabarnya.

Marcos Jr sebelum ini dikritik hebat kerana sering tidak menghadiri debat presiden dan jarang membuat penampilan media ketika berkempen.

Bagaimanapun, langkah itu merupakan antara taktik untuk beliau mengawal misi dan visi yang dilancarkan untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Di sebalik kebimbangan segelintir rakyat, kemenangan Marcos Jr tetap mendapat sambutan daripada penyokongnya.

 

KEMENANGAN BALAS DENDAM

Kemenangan yang diraih Marcos Jr ketika ini dilihat seperti ‘balas dendam’ terhadap kekalahannya kepada Robredo dalam pilihan raya timbalan presiden pada 2016.

Merujuk jelas kepada Marcos Jr, Robredo menggesa penyokongnya supaya terus memperjuangkan kebenaran.

“Masih banyak yang perlu kita perjuangkan dan jangan mengalah.

“Teruskan berdiri bersama kami. Kami mempunyai masa dan peluang untuk melawan dan membongkarkan penipuan yang diperjuangkan Marcos,” katanya dalam sidang akhbar.

Dalam pada itu, COMELAC memaklumkan proses pilihan raya berjalan lancar biarpun dicemari insiden letupan dan tembakan yang mengorbankan anggota keselamatan.

Peratusan keluar mengundi juga tinggi, menyaksikan barisan beratur panjang di kebanyakan pusat mengundi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya