Saya dah tak diperlukan stesen tv itu - Johan As’ari - Utusan Malaysia

Saya dah tak diperlukan stesen tv itu – Johan As’ari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon yang pernah popular dengan drama Juvana, Johan As’ari, 35, mengaku tidak tahu mengapa namanya kerap kali ditolak oleh sebuah stesen televisyen sejak lima tahun lalu.

Tidak mengesyaki apa-apa atau menuduh mana-mana pihak, Johan bagaimanapun mengaku sedih dengan perkara itu yang mana baginya satu daripada punca rezekinya.

“Saya sedia maklum, stesen TV pun bertukar ganti orang dalamnya. Nama saya kerap ditolak setiap kali dicadangkan produksi yang mana saya dapat tahu pun daripada pengurus.

“Sedih itu ada, tapi tak mengapalah. Saya anggap diri sudah tidak layak dan sudah tak diperlukan lagi oleh stesen TV itu.

“Saya pun tak pernah ambil hati cuma saya sedar diri saya bukan siapa-siapa dah untuk stesen TV,” katanya.

Johan ditemui ketika Majlis Amal Maghfirah yang diadakan di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi Avenue, Kajang baru-baru ini.

Kali terakhir Johan muncul menerusi drama Jurnal Suraya bergandingan dengan aktres Nad Zainal pada November 2017.

Dalam pada itu, Johan memberitahu dia tidak menyangka namanya ditolak memandangkan drama sebelum ini memberi impak yang besar.

“Lima tahun saya menyumbang di stesen TV tersebut, lima tahun macam pisang goreng panas, saya tinggalkan keluarga, banyak masa saya habis di stesen tersebut.

“Tetapi saya dapat banyak berita daripada stesen itu menolak saya buta-buta, bulat-bulat. Pada saya, tak mengapalah, mungkin masa saya dah tamat,”katanya.

Pun begitu, Johan tidak menolak bahawa dia masih terbuka dengan tawaran berlakon di kaca televisyen oleh mana-mana stesen tv lain kerana apa yang dilakukan adalah minatnya selama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya