Sang Penyu kecewakan Jang - Utusan Malaysia

Sang Penyu kecewakan Jang

Pemain Terengganu, Faisal Halim meraikan gol kemenangan ketika menentang pasukan Negeri Sembilan pada saingan Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC melepasi ranjau pertama dalam kempen Piala FA selepas mengalahkan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Tuan rumah bermula garang apabila mula mengatur gerak menerusi Kipre Tchetche pada minit pertama disusuli sepakan percuma Manuel Ott yang nyaris menerjah jaring pada minit ke-25.

Corak agresif Sang Penyu akhirnya, membuahkan hasil pada minit ke-28 apabila bek tengah Negeri Sembilan, Herold Goulon yang tertolak masuk bola hantaran Muhd. Syafik Ismail ke dalam gol sendiri.

Kem tuan rumah kemudian dikejutkan gol penyamaan hasil tandukan kemas pemain tengah pelawat, Omid Naziri, berpunca sepakan bebas Annas Rahmat pada minit ke-35.

Hanya tiga minit berselang Terengganu kembali ceria setelah Faisal Abdul Halim bijak melepaskan diri daripada kawalan dua pertahanan lawan untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Ahmad Syihan Hazmi dari jarak dekat.

Negeri Sembilan, mempamerkan aksi lebih dominan selepas rehat dan hampir menyamakan kedudukan namun voli serta tandukan David Mawutor pada minit ke-53 dan ke-80 diselamatkan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim untuk memastikan kemenangan menjadi milik skuad kendalian Nafuzi Zain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.