Rapid Bus cuba bas elektrik di dua laluan - Utusan Malaysia

Rapid Bus cuba bas elektrik di dua laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) memaklumkan sedang melakukan percubaan penggunaan bas elektrik dalam operasi perkhidmatan basnya di beberapa laluan bas terpilih.

Dua laluan percubaan yang terlibat adalah Laluan 400: Damai Perdana ke Hab Lebuh Pudu melalui Bukit Bintang, dan Laluan 650: Taman Desa ke Hab Pasar Seni.

Percubaan itu melibatkan empat buah bas elektrik, dan dijangka berlangsung selama tiga bulan sehingga 13 Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Yazurin Sallij berkata, percubaan penggunaan elektrik itu adalah selari dengan pelan transformasi Rapid Bus melalui Program Elektrifikasi Bas yang mana bas diesel sedia ada akan digantikan dengan bas elektrik secara berperingkat menjelang tahun 2030.

“Inisiatif ini juga selaras dengan Ikrar Kenyataan Polisi Alam Sekitar Prasarana dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) iaitu sasaran neutral karbon melalui pengurangan pelepasan karbon menjelang tahun 2050,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mohammad Yazurin juga berharap penumpang atau penduduk di sepanjang laluan-laluan terlibat tidak melepaskan peluang untuk mencuba perkhidmatan bas elektrik itu di sepanjang tempoh percubaan berlangsung. 

“Dalam masa sama memberikan maklum balas tentang bagaimana perkhidmatan ini dapat dipertingkatkan lagi,” ujarnya.

Untuk rekod, Rapid Bus sudah mula menggunakan bas elektrik sejak tahun 2015 bagi koridor Sistem Bas Rapid Transit (BRT) Sunway dalam usaha mewujudkan persekitaran yang terkawal. 

15 buah bas elektrik telah digerakkan dengan jumlah perjalanan lebih dari 659,000 kilometer menggunakan kaedah pengecasan semalaman. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya