Percaturan berani Klopp, hampir ‘makan diri’

Percaturan berani Klopp, hampir ‘makan diri’

klopp
Roberto Firmino mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak dua gol ketika membantu Liverpool mengikat Benfica dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Anfield.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pertahanan tidak serasi menjadi punca Liverpool dibolosi tiga kali namun keputusan seri 3-3 dengan Benfica di Stadium Anfield tidak menjadi penghalang Reds melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), kelmarin.

Keputusan mara dengan agregat 6-4 nyata memberi kelegaan kepada pengendali Reds, Jurgen Klopp yang membuat percaturan berani apabila merehatkan tujuh tonggak utama pada aksi dilaman sendiri.

Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold, Virgil van Dijk, Andy Robertson, Fabinho, Thiago Alcantara dan Sadio Mane antara pemain yang diletakkan di bangku simpanan.

Hanya Alisson Becker, Joel Matip, Jordan Henderson dan Diogo Jota turun selaku kesebelasan utama.

“Situasinya adalah pertahanan tidak pernah bermain bersama dan ia mengenai ketelitian, kekalkan tumpuan 100 peratus.

“Kami 6-2 di depan secara agregat. Pemain hanya manusia biasa, mereka seperti ‘Ok tugas selesai’. Tapi Benfica terus melawan dan saya menghormatinya.

“Ia bukanlah apa yang kami mahu sebenarnya tetapi ia tidak penting. Kami sudah mara dan itulah yang penting. Saya sangat gembira.” ujar Klopp.

Pada aksi tersebut, pemain pertahanan Ibrahima Konate yang meledak gol pembukaan pada aksi di Lisbon kembali mengulangi di Anfield juga menerusi tandukan pada minit ke-21 sebelum Goncalo Ramos menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama.

Roberto Firmino meletakkan The Reds selesa didepan menerusi dua gol pada minit ke-55 dan 65 namun Benfica berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Roman Yaremchuk (m-73) dan Darwin Nunez (m-82).

Liverpool akan berdepan kelab Sepanyol, Villarreal pada separuh akhir ketika mereka mencari tiket ke final Liga Juara-Juara buat kali ke-10 dan menyasarkan gelaran ketujuh dalam kejohanan itu.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN