'Pak Ngah' bantu Kedah kecewakan Penang - Utusan Malaysia

‘Pak Ngah’ bantu Kedah kecewakan Penang

PENYERANG Kedah, Ronald Ngah Wanja meraikan jaringan kemenangan bersama rakan sepasukannya ketika menewaskan Penang FC di Stadium Bandaraya, malam ini.-FB Kedah Darul Aman FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bangkit menewaskan Penang FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus mengubat duka minggu lalu, apabila dibelasah Selangor 4-1.

Tuan rumah bermula baik apabila terlebih dahulu di depan menerusi Hilal Alhelwee Bassam pada minit ke-16 yang mudah menolak masuk hantaran silang rendah rakan sepasukannya.

Gol itu menyuntik semangat skuad Harimau Kumbang yang masih tercari-cari tiga mata penuh pertama selepas mengharungi empat perlawanan pada musim ini.

Kapten Penang, Endrick Dos Santos memiliki peluang terbaik untuk menggandakan jaringan namun rembatanya dalam kotak penalti pada minit ke-31 sekadar singgah di palang gol.

Bagaimanapun, pada babak kedua skuad Sang Kenari kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang import dari Cameroon, Ronald Ngah Wanja pada minit ke-62.

Tiga minit kemudian, Ngah Wanja yang kini digelar Pak Ngah oleh para penyokong sekali lagi menemui sasaran dan jaringan itu membolehkan Kedah membawa pulang tiga mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN