Demi keluarga JDT, ayuh penuhkan stadium - TMJ - Utusan Malaysia

Demi keluarga JDT, ayuh penuhkan stadium – TMJ

TUNKU MAHKOTA ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Bagi penuh stadium Sabtu ini. Kita akan berjuang sampai mati,”

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengajak peminat untuk memenuhi setiap sudut Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Sabtu ini bagi memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Selatan, selain menghadirkan kegerunan kepada pasukan lawan Ulsan Hyundai.

Juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut itu berdepan misi besar untuk menundukkan kelab Korea Selatan itu buat kali kedua dalam saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi membuka peluang layak ke pusingan kalah mati.

Hanya kemenangan mampu meletakkan skuad kendalian Benjamin Mora itu mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selaku juara kumpulan dan mencipta sejarah buat kelab dan juga negara.

Justeru, sokongan padu daripada seluruh penyokong yang juga pemain ke-12 JDT amat diperlukan untuk membantu barisan pemain Harimau Selatan mencipta keputusan positif dalam perlawanan terakhir kumpulan itu.

“Bagi penuh stadium Sabtu ini. Kita akan berjuang sampai mati. Doa semoga kita cipta sejarah baru buat kelab dan Johor demi keluarga JDT. Mudah mudahan Insha’allah,” tulis Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) di laman Instagram rasmi JDT, semalam.

TUNKU Ismail puas dan gembira meraikan kemenangan JDT ke atas Ulsan Hyundai.

JDT berjaya menewaskan Guangzhou 2-0, semalam sekali gus membolehkan mereka kembali merampas kedudukan teratas kumpulan dan berkongsi 10 mata dengan Ulsan Hyundai yang menghuni kedudukan kedua.

Sementara itu, juara Liga Jepun, Kawasaki Frontale berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul lapan mata dan termasuk dalam persaingan merebut slot ke peringkat seterusnya bersama JDT dan Ulsan Hyundai.

Aksi terakhir Kumpulan I antara JDT menentang Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale akan berlangsung serentak pada jam 5 petang, Sabtu ini dengan membabitkan gelanggang di Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN