Ubah cara fikir, bekerja - KSN

Ubah cara fikir, bekerja – KSN

MOHD. Shafiq Abdullah (tengah) beramah mesra bersama peserta Persidangan Penyelidikan Governans, Intergriti dan Anti-Rasuah Peringkat Kebangsaan Kali Pertama di Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Penjawat awam sebagai nadi pembangunan negara hendaklah berubah cara berfikir dan bekerja bagi menyaingi kepantasan perubahan global serta kepesatan kemajuan teknologi maklumat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, sehubungan itu empat fokus utama iaitu menyegar semula penjawat awam, landskap baharu organisasi awam, perkhidmatan awam kalis masa hadapan dan bergerak bersama ke hadapan perlu terus menjadi keutamaan dan fokus semua penjawat awam.

Menurutnya, langkah tersebut bagi memastikan perkhidmatan awam kekal relevan, responsif dan dinamik.

“Kita tidak boleh lagi menjadi pemerhati atau mengambil sikap tunggu dan lihat kepada perubahan pantas yang berlaku di sekeliling kita.

“Penjawat awam hendaklah sentiasa mengambil sikap proaktif, berpaksi kepada rakyat, sentiasa bersedia menyelesaikan pelbagai masalah merentas kementerian dan agensi serta sentiasa mendukung nilai integriti yang tinggi,” katanya di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan 2022 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin Hassan.

Dalam pada itu, Mohd. Zuki berkata, perkhidmatan awam hari ini berada di tahap cukup kritikal bagi menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

“Dalam situasi negara yang berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan sosial, penjawat awam harus bertindak memastikan segala perancangan dan dasar yang dibuat dilaksanakan dengan efisien, berintegriti dan selari dengan prinsip tadbir urus baik.

“Cabaran global yang didepani negara baik dari segi ekonomi mahupun sosial memerlukan negara bersaing dalam pasaran global yang pantas dan kompetitif. Sebagai contoh, pandemik yang melanda negara pada ketika ini memberi perspektif baharu dalam pengurusan perkhidmatan awam.

“Ketika hampir semua sektor ekonomi lumpuh pada tahun 2020, perkhidmatan awam terus berperanan penting dalam memastikan pandemik diurus dengan sebaik mungkin mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” katanya.

Berhubung persidangan itu, katanya, ia julung kali diadakan pada tahun ini dengan tema Mendepani Cabaran Isu Governans, Integriti dan Rasuah di Malaysia sejajar dengan Pemangkin Dasar Keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya