Senario kelihatan sinematik dengan siri Xiaomi 12 - Utusan Malaysia

Senario kelihatan sinematik dengan siri Xiaomi 12

Rakam setiap memori dengan lebih optimum seperti hasil tangkapan foto profesional di studio dengan siri Xiaomi 12 - FOTO Xiaomi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGAN jadual yang sibuk dan padat, perkara terakhir diperlukan pengguna ialah peranti hebat yang memiliki pelbagai ciri unggul serta mampu meningkatkan produktiviti aktiviti harian.

Tampil diperkasa dengan teknologi pemprosesan termaju, serta unggulan premium yang padat dengan teknologi, peranti pintar siri Xiaomi 12 bakal memudahkan urusan harian mahupun pemanfaatan profesional.

Bahkan, ia mampu menguasai setiap pemandangan sempurna dengan algoritma AI canggih Xiaomi merentasi pelbagai senario beserta kesan khas profesional, menjadikan foto, video menakjubkan dan kelihatan profesional.

Sama ada anda seorang jurugambar profesional atau hanya ingin memartabatkan Instagram dengan gambar dan video yang dirakam dengan cantik, siri Xiaomi 12 sangat membantu.

Xiaomi 12 Pro menampilkan susunan kamera 50MP tiga gred Pro dengan telefoto 50MP dan kanta ultra lebar 50MP, manakala Xiaomi 12 menampilkan kamera utama gred Pro 50MP dengan kanta ultra lebar dan telemakro.

Dengan adanya tiga kamera Pro-grade 50MP, hasil rakaman gambar dalam pelbagai senario kelihatan sangat sinematik ditambah algoritma AI canggih Xiaomi.

Rakam setiap detik indah dalam pelbagai acara dengan kesan khas profesional dan pilihan kreatif termasuk Xiaomi ProFocus, One-click AI cinema dan sebagainya.

Sementara itu, telefon pintar ini dilengkapi videografi Ultra Night Video yang cemerlang dalam mengesan cahaya malap dengan lebih jitu, membolehkan pengguna merakam video dalam keadaan cahaya malap.

Tambahan, kesemua barisan siri Xiaomi 12 tampil dengan pelbagai mod potret bertujuan untuk merakamkan setiap memori dengan lebih optimum ibarat hasil tangkapan foto profesional di studio.

Tingkatkan produktiviti dengan prestasi unggul

Untuk meningkatkan produktiviti anda, siri Xiaomi 12 dilengkapi dengan platform mudah alih tercanggih Qualcomm, Snapdragon 8 Gen 1, yang menetapkan bar untuk pengkomputeran generasi akan datang dengan proses teknologi 4nm termaju.

Bagi memberikan pengalaman sinematik serta hiburan hebat tanpa henti, kapasiti bateri Xiaomi 12 Pro dipertingkatkan sehingga 4,600mAh dan dilengkapi dengan teknologi HyperCharge 120W Xiaomi.

Manakala, Xiaomi 12 pula mempunyai bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan turbo berwayar 67W dan 50W tanpa wayar Xiaomi.

Lebih menarik, peranti siri Xiaomi 12 memberikan kelajuan dan keselamatan pengecasan peringkat seterusnya untuk memastikan anda sentiasa bersedia untuk tugas seterusnya.

Bagi yang mementingkan pengalaman audio hebat setanding visualnya, Xiaomi 12 Pro disempurnakan dengan sistem pembesar suara quad dengan dua tweeter dan dua woofer oleh Harmon Kardon.

Begitu juga dengan Siri Xiaomi 12 yang menampilkan dwi pembesar suara dari Harman Kardon.

Kedua-dua telefon pintar premium ini bakal mencipta pengalaman audio yang mengasyikkan, dikuasakan oleh Dolby Atmos meliputi rangkaian butiran bunyi yang jelas dan menakjubkan!

Selain itu, Xiaomi 12 Pro menampilkan paparan 120HZ AMOLED dinamik WQHD+, manakala Xiaomi 12 hadir dengan paparan AMOLED 120Hz bagi memastikan pengalaman hiburan yang sangat lancar.

Bukan sahaja memiliki prestasi hebat bertaraf premium, siri Xiaomi 12 juga selesa dipegang di tapak tangan dan mudah disimpan dalam poket kerana direka berpandukan rekaan ikonik siri Xiaomi 12 yang bersaiz poket mudah alih, serba baharu dan penuh estetika halus.

Malah, bateri berkapasiti tinggi yang lebih nipis menjimatkan ruang sempit dalam peranti.

Sementara itu, Xiaomi 12 Pro hadir dengan saiz paparan 6.73 inci yang disarung dalam bingkai tengah anggun dengan lengkung 3D canggih.

Manakala, Xiaomi 12 pula didatangkan dalam bentuk saiz paparan 6.28 inci dan berukuran 69.9mm lebar lalu diserikan dengan lengkung licin untuk kesesuaian sempurna*.

Pakej terhad, peluang menang hadiah premium

Tersedia dalam warna kelabu, ungu dan biru, peranti Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 pasti anggun dan bergaya untuk dipadankan dalam sebarang majlis.

Siri Xiaomi 12 tersedia mulai 26 Mac 2022 pada harga RM3,899 untuk Xiaomi 12 Pro , 12GB + 256GB, manakala Xiaomi 12, 8GB + 256GB pula berharga RM2,999.

Lebih menarik, pembeli bakal dimanjakan dengan perkhidmatan VIP Xiaomi seperti percuma satu kali penggantian skrin, waranti dua tahun, tiga tahun naik taraf sistem operasi (OS) Android dan empat tahun naik taraf sistem keselamatan.

Bukan sekadar itu, anda juga layak memperoleh penggantian skrin percuma dalam tempoh enam bulan selepas pembelian untuk kerosakan di bawah jaminan bernilai RM199.

Selain itu, setiap pembelian siri Xiaomi 12 layak menerima jaminan produk lanjutan 1+1 tahun bernilai RM499 serta Xiaomi Soundbar 3.1ch bernilai RM1,499 dengan penghantaran dari pintu ke pintu 30 hari selepas anda membuat pesanan.

Setiap pembelian Xiaomi 12 atau Xiaomi 12 Pro juga akan memberi anda akses kepada hadiah premium percuma bernilai sehingga RM 2197** yang bakal dihantar terus ke rumah setelah anda membeli peranti mercu baharu daripada Xiaomi Store yang sah berhampiran anda.

Jangan tunggu lagi, tempah telefon pintar premium siri Xiaomi 12 sekarang di mana-mana kedai sah Xiaomi di seluruh negara.

*Berat produk dan spesifikasi berkaitan adalah nilai teori sahaja. Ukuran sebenar antara produk individu mungkin berbeza-beza. Semua spesifikasi tertakluk kepada produk sebenar.

**Kuantiti terhad, berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya