Rizal ada masalah peribadi perlu diselesaikan - Utusan Malaysia

Rizal ada masalah peribadi perlu diselesaikan

PERTAHANAN Sabah, Rizal Ghazali masih 'membisu' sehingga kini bagi memberi penjelasan ekoran penolakan daripada menyertai kem latihan skuad kebangsaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan Sabah FC hari ini tampil menjelaskan kedudukan sebenar pemain pertahanannya, Rizal Ghazali yang dilaporkan menolak pelawaan jurulatih Kim Pan Gon menyertai latihan pusat skuad Harimau Malaya.

Menerusi satu kenyataan hari ini, pengurusan skuad Sang Badak itu berkata, pihaknya dimaklumkan Rizal mempunyai hal peribadi membabitkan keluarganya dan memerlukan dia balik ke kampung halamannya di Kedah.

Dalam masa sama, pengurusan Sabah juga akan menasihatkan pemain itu supaya memberi penjelasan terperinci kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai keputusannya menolak pelawaan Pan Gon itu.

Dalam kenyataan itu juga, pengurusan Sabah menegaskan, pihaknya mengambil pendirian sentiasa menyokong dan bekerjasama dalam soal pemilihan pemain kebangsaan yang membabitkan pemainnya.

“Ini kerana kami tidak membenarkan pemain kami menolak panggilan pasukan kebangsaan.

“Mewakili Harimau Malaya adalah satu pengiktirafan tertinggi yang mana seseorang pemain itu harus berasa bangga apabila dipilih menyertai pasukan kebangsaan,” tulis kenyataan tersebut.

Semalam, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar memberitahu, Rizal berdepan hukuman berat jika tidak mempunyai alasan kukuh selepas menolak pelawaan menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Tambah Saifuddin, bentuk hukuman akan diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM iaitu sama ada denda kira-kira RM25,000 atau penggantungan daripada bermain dalam liga.

Rizal mempunyai tempoh sehingga 21 Mac ini untuk menghadirkan diri dalam pasukan kebangsaan sebelum sebarang tindakan boleh diambil terhadapnya.

Pan Gon dalam kenyataan semalam memaklumkan Rizal menolak pelawaan menyertai latihan pasukannya sebagai pengganti Syahmi Safari yang meminta pengecualian kerana isterinya baharu melahirkan bayi kembar tiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya